Lampiran

Pecahan Manfaat dan Aplikasi

Berbanding peralihan secara relatif daripada 3G kepada 4G, 5G telah telah merubah corak permainan secara pesat baik pengguna mahupun bisnes. Ia bakal membuka lebih banyak kemungkinan baru terhadap apa yang kita boleh lakukan dengan sambungan mudah alih dan membuka jalan ke arah prestasi teknologi yang tak pernah dilihat sebelum ini.

Ciri 5G yang canggih, seperti latensi super rendah, peningkatan kapasiti rangkaian, dan pengkomputeran era baru, akan memperkasa perkembangan sesetengah teknologi menarik untuk membantu kehidupan kita yang lebih baik. Ini termasuk peranti maya dan augmentasi realiti, kenderaan pandu sendiri, kecerdasan pintar dan banyak lagi. 5G akan memperlihatkan berbilion peranti berhubung berkongsi maklumat dalam waktu sebenar, dan seterusnya merubah cara kita hidup, bekerja dan bermain.

Disediakan dengan ihsan Ericsson © Ericsson

Muat Turun PDF

Apakah peranan yang dimainkan oleh mesin pintar pada masa depan? Adakah kita boleh mencipta peranti yang bukan setakat memenuhi keperluan kita tapi juga menambah kreativiti dan memberi inspirasi kepada rutin kita seharian?

10 Tren Terhangat Ericsson 2030 menggariskan sepuluh peranan berlainan yang pengguna harapkan apabila mesin pintar yang saling berhubung mengambil alih kehidupan kehidupan kita pada dekad yang akan datang. Ini termasuk bot badan dengan kebolehan sokongan postur pintar, rancangan TV pintar yang direka untuk memenuhi minat anda secara spesifik, kereta pandu sendiri yang menerangkan keputusan mereka kepada anda, dan agen pintar yang berinteraksi dengan jiran juga komuniti tempatan dan mungkin mengundi bagi pihak anda.

Disediakan dengan ihsan Ericsson © Ericsson

Muat Turun PDF

Buat masyarakat bandar yang sentiasa sibuk, perjalanan merupakan masa untuk menyusun dan menyegarkan diri sebelum pergi bekerja atau pulang ke rumah. Ini membuka peluang kepada teknologi 5G untuk memanfaat dan mempertingkat pengalaman pergerakan pengguna.

Laporan ConsumerLab ini merupakan maklum balas daripada 130 juta pengguna telefon pintar dari 16 buah bandar utama seluruh dunia yang dikumpul oleh Ericsson. Pendapat dan tabiat pengguna yang dikumpul dijadikan sebagai data untuk membina jaringan pergerakan dan perhubungan yang bersambung dengan dunia digital dan masa depan yang makin berkembang. Perkhidmatan yang mengurangkan tekanan, tahap keselamatan yang dipertingkatkan dan kesinambungan adalah antara faktor utama yang diketengahkan oleh pengguna dalam kajian ini.

Disediakan dengan ihsan Ericsson © Ericsson

Muat Turun PDF

Sama seperti penggunaan 5G yang berkembang pesat seluruh dunia, jangkaan pengguna turut berkembang sama. Laporan pandangan ConsumerLab, Ericsson mendedahkan kunci utama yang mempengaruhi pengangkatan, penggunaan, dan persepsi pengguna terhadap 5G. Ia merupakan kajian pengguna 5G terbesar pernah dilakukan yang merangkumi pendapat 1.3 bilion pengguna dan 220 juta pengguna 5G. Laporan ini juga telah mencadangkan lima langkah penting yang boleh diambil oleh penyedia perkhidmatan untuk memenuhi jangkaan pengguna pada masa kini dan masa depan.

Disediakan dengan ihsan Ericsson © Ericsson

Muat Turun PDF

Kes Penggunaan 5G untuk Verticals China 2021 mendemonstrasikan 21 contoh ketara aplikasi 5G untuk Vertikal termasuk industri pembuatan, pelabuhan, perlombongan, pengangkutan, kuasa elektrik, penjagaan kesihatan dan rekaan kandungan. Ia juga merangkumi senario praktikal di mana 5G boleh digunakan untuk mencetus inovasi dalam pelbagai industri, juga ciri teknikal, dan peluang pembangunan teknologi generasi seterusnya.​

Diinspirasikan oleh ZTE​

Muat Turun PDF

Sebagai pelopor dalam industri 5G, ZTE telah banyak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi 5G untuk mempercepatkan industri vertikal atau menegak. Lampiran ini menunjukkan bagaimana ZTE memanfaatkan potensi unik 5G dan membawa industri ke tahap lagi tinggi termasuk pembuatan, pengangkutan awam, media, pendidikan, tenaga, dan kesihatan. Ia juga meneroka pelbagai kes penggunaan 5G serata China dalam bermacam sektor, juga meneroka potensi tanpa had yang dimiliki teknologi baru ini demi manfaat masyarakat secara umum.​

Diinspirasikan oleh ZTE​

Muat Turun PDF

Pandemik Covid-19 telah memaksa bisnes kecil dan sederhana (SMB) untuk mengubah model bisnes, strategi, dan operasi demi kelangsungan hidup. Terdapat bisnes yang terlebih dahulu memiliki pengalaman bekerja secara jarak jauh sebelum pandemik melanda, mereka mampu mengadaptasi amalan bekerja dari rumah sementara yang lain bergelut dengan norma baru. Sebenarnya, pandemik menjadi batu loncatan buat SMB dalam dunia digital dan seterusnya mampu menaikkan mana-mana SMB secara dramatik dan lebih berdaya maju ke depan.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas, Ericsson telah bercakap dengan lebih 2000 pembuat keputusan SMB dan pekerja meliputi 11 pasaran, untuk melihat apa yang tersedia buat SMB dalam landskap selepas Covid.

Disediakan dengan ihsan Ericsson © Ericsson

Muat Turun PDF

Keseronokan menonton perlawanan sukan secara langsung kini lebih mengujakan. Dengan 5G, peminat di acara sukan tersebut bahkan yang berada di luar dapat menikmati keseronokan secara nyata dalam waktu sebenar.Mereka akan bersorak dan menyokong pasukan mereka bersama - sama. Semua ini boleh direalisasikan dengan penggunaan realiti maya, augmentasi realiti, video on demand, dan aplikasi digital yang dikuasakan oleh rangkaian 5G. Ia juga merupakan bisnes yang penuh dengan potensi kewangan dan dijangkakan Amerika Syarikat sahaja bakal mendapat keuntungan USD 83.1 bilion menjelang 2023.

Kajian ini merangkumi wawancara bersama peneraju industri tentang peluang memanfaatkan penggunaan 5G dalam pasaran sukan, kajian kes penggunaan 5G dalam perlawanan akhir Piala Amir di Qatar pada tahun 2019, Merkus Spiel-Arena di Jerman, dan banyak lagi.

Disediakan dengan ihsan Ericsson © Ericsson

Muat Turun PDF

Dengan munculnya era 5G, Ericsson telah menjalankan kajian baru untuk membantu perniagaan memaksimumkan potensi industri digital. Wawasan ini akan menjadi kunci bagi perniagaan untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam landskap yang penuh persaingan.

Kajian ini meliputi perkara asas navigasi teknologi 5G, termasuk jangkaan pertumbuhan perkhidmatan 5G B2B, bagaimana memanfaatkan kuasa kluster kes penggunaan dan pentingnya untuk bertindak sekarang untuk mengaut keuntungan merentasi jalur lebar mudah alih.

Disediakan dengan ihsan Ericsson © Ericsson

Muat Turun PDF