Digital Nasional Berhad (DNB) ditubuhkan pada tahun 2021 untuk melaksanakan misi dan visi selaras dengan Rangka Tindakan Digital Ekonomi Malaysia (MyDIGITAL).
Menjelang hujung tahun 2021, rangkaian 5G akan dilancarkan dengan menyediakan liputan 5G di ibu negara, diikuti pelaksanaannya ke seluruh negara dalam jangka masa tiga tahun seterusnya.
Prinsip perniagaan DNB adalah memastikan kerjasama yang berjaya dengan pemegang kepentingannya. Prinsip ini termasuklah
Pelaksanaan rangkaian 5G dijangka menelan belanja keseluruhan kira-kira RM 11 bilion untuk 10 tahun akan datang dengan memberikan pelbagai manfaat juga faedah yang besar terhadap ekonomi tempatan.
Penerapan teknologi 5G adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Dengan impak kepada KDNK dijangka mencapai RM150 bilion dan menghasilkan sebanyak 750,000 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2030, 5G akan memacu kecekapan, meningkatkan produktiviti , dan mencipta peluang baharu di seluruh rangkaian ekonomi.
Untuk mempercepatkan penyediaan dan penggunaan 5G untuk mendokong transformasi Malaysia menjadi peneraju ekonomi digital serantau serta memupuk masyarakat yang lebih inklusif.
MyDIGITAL telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada Februari 2021 untuk mencapai matlamat negara menjadi peneraju dalam ekonomi digital serantau menerusi 6 teras utama.